Selepas kempen anda dilancarkan, anda perlu mengesahkan kempen tersebut untuk membolehkan pembayaran berjaya dilakukan. Jika anda menerima mesej melalui WhatsApp yang mengandungi pautan pengesahan kempen, sila ikuti pautan tersebut untuk melengkapkan proses pengesahan dengan langkah-langkah berikut:
Langkah-langkah untuk Mengesahkan Kempen Anda:
1. Pilih Bahasa Pilihan Anda
Pilih bahasa yang anda inginkan daripada pilihan yang disediakan pada permulaan proses pengesahan.
2. Pilih Kategori Kempen yang Sama
Pilih kategori kempen yang sama seperti yang anda tetapkan semasa mula-mula mencipta kempen anda.
3. Isi Maklumat Diperlukan dan Dokumen yang Mungkin Diminta Berdasarkan Kategori Kempen Anda:
- Kategori Perubatan Manusia:
- Nama Penganjur
- Nama Pesakit
- Pautan Kempen
- Dokumen hospital (laporan atau memo menyatakan diagnosis pesakit)
- Gambar kad pengenalan penganjur
- Gambar kad pengenalan pesakit
- Maklumat waris/perwakilan untuk Khairat Kematian (nama, nombor hubungan, hubungan kekeluargaan)
- Penyata bank atau penyata pendapatan (3 bulan terkini)
- Kategori Perubatan Haiwan:
- Nama Penganjur
- Pautan Kempen
- Dokumen hospital/veterinar (laporan atau memo menyatakan diagnosis haiwan)
- Gambar kad pengenalan penganjur
- Penyata bank atau penyata pendapatan (3 bulan terkini)
- Kategori Pendidikan (Biasiswa):
- Nama Penganjur
- Pautan Kempen
- Gambar kad pengenalan penganjur
- Gambar kad pelajar
- Surat tawaran kemasukan ke universiti
- Kategori Pendidikan (Projek Universiti):
- Nama Penganjur
- Pautan Kempen
- Gambar kad pelajar
- Surat tawaran kemasukan ke universiti
- Kertas cadangan projek
- Kategori Kemanusiaan/NGO:
- Nama Penganjur
- Nama Organisasi
- Pautan Kempen
- Sijil penubuhan NGO/organisasi
- Penyata bank akaun organisasi
- Kertas cadangan program/projek
Nota untuk Pemohon Asing: Sila muat naik pasport atau kad/surat UNHCR dalam bahagian dokumen pengenalan. Pastikan dokumen yang disediakan adalah tepat dan terkini, kemudian klik “Hantar”.
4. Sahkan bahawa dokumen yang disediakan adalah tepat dan terkini, kemudian klik butang “Submit”.
Setelah dokumen dihantar, tim kami akan menyemak dengan teliti maklumat yang anda berikan. Proses pengesahan biasanya mengambil masa 1-2 hari bekerja. Untuk memastikan proses pengesahan berjalan lancar, pastikan semua dokumen yang diperlukan telah disertakan dan foto yang dimuat naik jelas tanpa bahagian yang terpotong. Jika diperlukan, kami mungkin akan menghubungi anda untuk mendapatkan maklumat tambahan sepanjang proses ini.
Apabila kempen anda berjaya disahkan, status kempen anda akan ditandai sebagai disahkan, yang boleh dikenalpasti melalui “lencana senarai semak” yang akan muncul di halaman kempen anda.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan proses atau status pengesahan, sila hubungi kami untuk mendapatkan bantuan.