Peserta boleh memilih untuk membuat pembayaran penuh atau secara ansuran mengikut pakej yang ditawarkan.
Semua pembayaran mesti diselesaikan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan untuk memastikan penyertaan dalam program Qurban.
Pembayaran yang tidak lengkap selepas tarikh akhir akan menyebabkan penyertaan dibatalkan, dan bayaran yang dibuat tidak akan dikembalikan, tetapi disumbangkan kepada program Sedekah Daging di Kitafund.
Pembatalan penyertaan oleh peserta tidak boleh dilakukan setelah peserta memulakan pembayaran pertama.
Sekiranya program tidak dapat dilaksanakan atas sebab teknikal atau force majeure (contoh: bencana alam), syarikat berhak memindahkan penyertaan peserta ke musim Qurban seterusnya.
Sekiranya peserta tidak berjaya melengkapkan pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan, berikut merupakan antara proses yang akan dilakukan berdasarkan pilihan peserta:
Sekiranya peserta tidak berjaya membuat pembayaran lengkap sebelum tarikh akhir, peserta boleh memilih untuk:
Membawa simpanan tersebut ke Qurban tahun berikutnya, atau
Bayaran tersebut ditukarkan kepada sumbangan Sedekah Daging, atau
Menukar pakej haiwan yang dipilih berdasarkan jumlah terkumpul.
Sekiranya pembayaran penuh (100%) telah dilakukan, wang tidak akan dikembalikan, tetapi akan dibawa ke Qurban pada tahun berikutnya.
Tiada pemulangan wang yang akan dilakukan untuk memastikan proses qurban berjalan lancar.
Semua data peribadi yang dikumpul semasa pendaftaran hanya akan digunakan untuk tujuan pelaksanaan Qurban dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran, namun maklumat tertentu hanya akan dikongsikan kepada Rakan Qurban sebagai pelaksana yang akan menjalankan proses Qurban.
Semua gambar dan video pelaksanaan Qurban adalah hak milik Syarikat dan Rakan Qurban, dan hanya akan digunakan untuk laporan kepada peserta.
Kita Global Sdn. Bhd. hanya bertindak sebagai penyedia platform dan tidak bertanggungjawab terhadap pelaksanaan Qurban oleh Rakan Qurban.
Rakan Qurban bertanggungjawab untuk memastikan haiwan Qurban memenuhi syarat sah dan pelaksanaan dilakukan mengikut hukum syarak, dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Peserta bersetuju bahawa segala keputusan mengenai pelaksanaan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau diubah.