FAQ Ramadan Experience 2025

Bolehkah saya membawa rakan atau ahli keluarga sebagai teman tanpa bayaran? #

Tidak. Setiap penyertaan adalah berdasarkan pendaftaran individu. Ini bagi memastikan pengurusan sukarelawan berjalan lancar dan jumlah peserta dikawal mengikut keperluan setiap program.

Adakah pengangkutan disediakan untuk sukarelawan? #

Tidak. Semua sukarelawan perlu menguruskan pengangkutan sendiri ke lokasi program. Kami akan menyediakan maklumat lokasi yang tepat untuk memudahkan perjalanan anda.

Di mana lokasi program ini akan dijalankan? #

Program Ramadan Experience 2025 hanya akan dijalankan di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor. Lokasi bagi setiap aktiviti adalah berlainan. Lokasi tepat bagi setiap aktiviti akan dimaklumkan melalui group WhatsApp.

Apakah pakaian yang sesuai untuk program ini? #

Sukarelawan digalakkan untuk berpakaian sopan dan sesuai dengan suasana Ramadan, seperti:
  • Baju berlengan panjang atau t-shirt yang longgar dan selesa
  • Seluar panjang atau skirt labuh
  • Kasut bertutup untuk keselesaan dan keselamatan
  • Jika ada keperluan pakaian khas mengikut aktiviti tertentu, kami akan memaklumkan lebih awal.

Apakah skop tugas sukarelawan sepanjang program ini? #

Tugas sukarelawan bergantung kepada aktiviti yang dijalankan, antaranya:
  • Membantu penyediaan dan pengagihan juadah berbuka puasa
  • Berinteraksi dengan penerima manfaat seperti anak yatim atau warga emas
  • Menguruskan susun atur ruang dan kelancaran program
  • Membersihkan kawasan selepas program selesai

Adakah penyertaan ini berbayar? #

Ya, terdapat yuran penyertaan yang akan digunakan untuk menampung kos program. Maklumat lanjut mengenai bayaran akan diberikan semasa pendaftaran. Yuran penyertaan yang dibayar sudah termasuk baju dan makanan (sekiranya perlu).

Bagaimana saya akan menerima maklumat lanjut mengenai program ini? #

Segala maklumat terkini akan dikongsikan melalui Group WhatsApp Volunteer Ramadan Experience 2025. Sila pastikan anda telah menyertainya selepas pendaftaran.

Jika saya tidak dapat hadir selepas mendaftar, bolehkah saya mendapatkan pemulangan bayaran? #

Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya anda tidak dapat hadir. Namun, anda boleh mencari pengganti yang bersedia untuk mengambil tempat anda dan maklumkan kepada pihak kami terlebih dahulu.

Siapakah yang boleh saya hubungi jika ada pertanyaan lanjut? #

Anda boleh menghubungi kami melalui WhatsApp atau e-mel yang akan diberikan selepas pendaftaran.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lain, sila rujuk group WhatsApp atau hubungi pihak kami. Terima kasih atas sokongan anda dalam menyebarkan kebaikan sepanjang Ramadan ini!
What are your feelings
Updated on March 5, 2025