FAQ Tabung Qurban

Apakah itu Tabung Qurban? 🕌 #

Tabung Qurban merupakan inisiatif khas yang dirancang untuk membantu dan memudahkan individu dalam menunaikan ibadah Qurban. Melalui tabung ini, peserta dapat menyimpan wang atau mengasingkan sebahagian daripada pendapatan secara rutin dan membayar dalam tempoh masa tertentu melalui Tabung Qurban Kitafund. Melalui tabung ini, pelaksanaan Qurban akan menjadi lebih mudah dan bersesuaian dengan target yang dipilih. 

Apabila wang yang dikumpul telah mencapai target, dana tersebut akan digunakan untuk melaksanakan Qurban dan Hari Raya Aidil Adha. Haiwan Qurban yang dipilih akan diagih-agihkan kepada daerah yang memerlukan oleh Rakan Qurban. 

Program ini akan bermula daripada 1 Februari 2025 sehingga 31 Mei 2025.

 

Siapakah Yang Boleh Menyertai Tabung Qurban? #

Semua individu Muslim yang berniat untuk melaksanakan ibadah Qurban boleh mendaftar Qurban di Kitafund melalui Tabung Qurban. Pendaftaran Qurban boleh dilakukan sama ada secara individu, keluarga, atau atas nama organisasi.

 

Bagaimana Untuk Menyertai Program Tabung Qurban? #

Sekiranya anda berminat untuk membeli Qurban di Kitafund secara ansuran melalui program Tabung Qurban ini, anda perlu:

  1. Kunjungi tabungqurban.kitafund.com
  2. Lengkapi borang pendaftaran dengan memasukkan maklumat diri.
  3. Pilih jenis pembayaran ansuran yang bersesuaian dengan bajet bulanan anda.
  4. Sekiranya anda memilih untuk membayar secara ansuran, anda WAJIB menyertakan No WhatsApp anda, dan setiap kali membuat pembayaran ansuran, No WhatsApp yang sama harus disertakan.
  5. Setelah submit pendaftaran, maka anda akan diberikan link pembayaran untuk setiap bulan.
  6. Bayar ansuran pertama melalui metode pembayaran yang dipilih.
  7. Setelah selesai, maka anda sudah rasmi menjadi ahli Tabung Qurban dan anda akan menerima reminder pada setiap 25hb.

 

Berapakah Harga Haiwan Qurban Yang Tersedia Melalui Program Ini? #

Harga haiwan Qurban ditentukan berdasarkan jenis negara dan jenis haiwan yang dipilih. Berat haiwan bermula antara 20 kg (dua puluh kilogram) hingga 500kg (lima ratus kilogram), dengan harga serendah RM503 (lima ratus tiga ringgit malaysia) untuk sebahagian hingga RM9,900 (sembilan ribu sembilan ratus ringgit malaysia).

 

Bilakah Tarikh Akhir Pendaftaran Program Tabung Qurban? #

Pendaftaran bagi semua lokasi akan dibuka bermula pada 1 Februari 2025. Pendaftaran bagi Qurban di Malaysia akan ditutup pada 4 Mei 2025, manakala tarikh akhir pendaftaran bagi lokasi selain Malaysia adalah pada 31 Mei 2025.

 

Adakah Wang Simpanan Selamat?
#

Ya, wang setiap peserta akan disimpan dalam akaun khas dan hanya akan digunakan untuk tujuan ibadah Qurban. Semua transaksi adalah telus dan boleh dipantau melalui platform kami. Program Tabung Qurban ini diuruskan oleh Kita Global Sdn. Bhd., yang bertanggungjawab atas pembelian Qurban secara ansuran, sementara penyaluran Qurban akan dijalankan oleh Rakan Qurban Kitafund. Dengan pengurusan yang telus dan bertanggungjawab, program ini menjamin keselamatan dan kepercayaan dalam pelaksanaan ibadah Qurban.

 

Apakah Jenis Pelan Bayaran Yang Ditawarkan?  #

Pilihan jenis pembayaran yang ditawarkan adalah seperti yang berikut:

  • Pelan Ansuran 2x Bayaran
  • Pelan Ansuran 3x Bayaran
  • Pelan Ansuran 4x Bayaran 
  • Bayaran Sekaligus

 

Adakah Saya Boleh Membatalkan Penyertaan Sekiranya Sudah Membuat Pembayaran? #

Setiap peserta masih boleh membatalkan penyertaan dan menarik diri daripada program Qurban sebelum tarikh tutup penyertaan Tabung Qurban, iaitu pada 4 Mei 2025 (Malaysia Sahaja) dan 31 Mei 2025 sekiranya peserta masih belum melakukan sebarang pembayaran.

 

Bilakah Proses Qurban Akan Dijalankan? #

Proses Qurban akan dijalankan bermula 7 Jun 2025 – 9 Jun 2025. 

 

Bagaimanakan Konsep Ansuran melalui Program Tabung Qurban? #

  1. Pendaftaran dan Ansuran Pertama: Daftar program Tabung Qurban dan lakukan pembayaran ansuran pertama berdasarkan metod pembayaran yang dipilih.
  2. Ansuran Seterusnya: Asingkan sebahagian pendapatan secara rutin untuk mencapai target pembelian Qurban.
  3. Bayaran Lengkap: Pastikan bayaran ansuran mencapai target sebelum 4 Mei 2025 (Malaysia) dan 31 Mei 2025 (Selain Malaysia) agar bayaran penuh boleh dilakukan dan ditukarkan kepada haiwan Qurban yang telah dipilih.
  4. Pengesahan Pembelian: Setelah mencapai target, pihak Kitafund akan menghubungi anda untuk mengesahkan pembelian haiwan Qurban.
  5. Pembelian Haiwan Qurban: Team Kitafund akan membuat pembayaran kepada Rakan Qurban mengikut butiran pembelian anda.
  6. Pelaksanaan Qurban: Penyembelihan Qurban akan dijalankan oleh Rakan Qurban Kitafund dari Aidil Adha sehingga H+3 Aidil Adha.
  7. Laporan dan Sijil: Rakan Qurban Kitafund akan mengirimkan laporan yang mengandungi sijil, gambar, video dan maklumat pelaksanaan Qurban dalam tempoh H+30 setelah penyembelihan dilakukan.  

 

Berapa Lamakah Waktu Yang Diberikan untuk Melengkapkan Bayaran Ansuran Qurban? #

Tempoh bayaran ansuran bermula dari 1 (satu) bulan dari masa peserta mendaftar sehingga sebelum pendaftaran ditutup pada 4 Mei 2025 (Malaysia) dan 31 Mei 2025 (Lokasi selain Malaysia). peserta boleh membayar ansuran mengikut pelan pembayaran yang dipilih semasa mendaftarkan nama untuk menyertai Qurban. Notifikasi dan peringatan pembayaran akan dihantar ke WhatsApp setiap bulan.

 

Bagaimanakah Contoh Perkiraan Ansuran Tabung Qurban #

Waktu dan tempoh pembayaran ansuran melalui Tabung Qurban ditentukan semasa pendaftaran. Sebagai contoh, jika peserta membeli sebahagian lembu berharga RM560 (lima ratus enam puluh ringgit) dan memilih ansuran selama 3 (tiga) bulan, maka:

Harga Haiwan: RM560

Tempoh Ansuran: 3 (tiga) bulan

Jumlah Ansuran Bulanan: RM560/3 bulan = RM186.70 (satu ratus lapan puluh enam ringgit dan tujuh puluh sen).

Secara ansuran, peserta akan membayar RM186.70 (satu ratus lapan puluh enam ringgit dan tujuh puluh sen) sebulan selama 3 (tiga) bulan.

*Jumlah bayaran belum termasuk caj gerbang pembayaran (payment gateway fee). Sila rujuk contoh jumlah perkiraan di #18

 

Bagaimanakah Cara Untuk Menyemak Jumlah Bayaran Semasa dan Baki Bayaran #

Setiap kali membuat pembayaran, peserta akan menerima notifikasi yang memberikan maklumat lengkap tentang jumlah ansuran dan baki pembayaran yang diperlukan melalui WhatsApp. Peserta juga boleh menyemak status simpanan terkumpul melalui link yang akan disertakan.

 

Dimanakah Qurban Akan Dilaksanakan dan Bagaimanakah Pembahagian Daging Akan Dilakukan?  #

Qurban akan dilaksanakan di lokasi yang dipilih oleh peserta, namun pemilihan kawasan pembahagian adalah tertakluk kepada Rakan Qurban, termasuk kawasan yang memerlukan bantuan seperti kawasan pedalaman, kawasan bencana, dan kawasan-kawasan yang memerlukan.

Pembahagian daging akan dijalankan oleh Rakan Qurban di kawasan Qurban dan daging akan diberikan kepada golongan fakir miskin, penduduk setempat dan mereka yang layak menerimanya. 

 

Bagaimana Saya Akan Tahu Bahawa Qurban Saya Telah Dilaksanakan?  #

Setelah ibadah Qurban selesai, peserta akan menerima laporan lengkap seperti gambar, dan video berserta sijil sebagai bukti pelaksanaan melalui e-mel dan WhatsApp dalam tempoh 1 bulan selepas Hari Raya Aidil Adha. 

 

Bagaimanakah Sekiranya Saya Tidak Dapat Melengkapkan Bayaran?  #

Jika peserta tidak dapat melengkapkan pembayaran, wang yang telah disimpan akan digunakan untuk program Sedekah Daging melalui Kitafund. Sebarang pemulangan wang atau pembatalan penyertaan tidak dapat dilakukan buat masa ini.

 

Adakah Saya Dibenarkan Menabung Untuk Orang Lain?  #

Ya, setiap peserta boleh membuka Tabung Qurban bagi pihak keluarga, rakan, atau sebagai sumbangan amal untuk mereka yang memerlukan, namun hanya boleh dibuka untuk mereka yang masih hidup. Walau bagaimanapun, satu nombor WhatsApp hanya boleh mendaftar satu penyertaan Qurban sahaja.

 

Adakah Saya Akan Dikenakan Sebarang Caj Tambahan Lain? #

Ketika membuat pembayaran, peserta perlu membayar kos pakej Qurban, berserta caj Gerbang Bayaran (Payment Gateway). Caj ini dikenakan oleh pihak syarikat yang menguruskan gerbang bayaran dan Kitafund tidak mengambil apa-apa keuntungan di atas caj yang dikenakan. Caj ini akan dikenakan setiap kali peserta melakukan pembayaran. Caj yang dikenakan adalah seperti di bawah, mengikut saluran gerbang bayaran:

  • Fiuu (Molpay) Perbankan Internet / E-wallet: RM1 per transaksi
  • Stripe: RM1 + 5% daripada transaksi per transaksi

Sebagai contoh, jika peserta membeli sebahagian lembu berharga RM560 (lima ratus enam puluh ringgit) dan memilih ansuran selama 3 (tiga) bulan, serta memilih menggunakan gerbang pembayaran Perbankan Internet, maka perkiraan pembayaran adalah seperti yang berikut:

Harga Haiwan: RM560
Tempoh Ansuran: 3 (tiga) bulan
Jumlah Ansuran Bulanan: RM560/3 bulan = RM186.70 (satu ratus lapan puluh enam ringgit dan tujuh puluh sen).

Pembayaran Kali Pertama
Ansuran Bulan 1: RM186.70
Caj Payment Gateway: RM1 (Perbankan Internet)
Jumlah Bayaran: RM186.70 + RM1 = RM187.70

Pembayaran Kali Ke-2
Ansuran Bulan 1: RM186.70
Caj Payment Gateway: RM1 (Perbankan Internet)
Jumlah Bayaran: RM186.70 + RM1 = RM187.70

Pembayaran Kali Ke-3
Ansuran Bulan 1: RM186.70
Caj Payment Gateway: RM1 (Perbankan Internet)
Jumlah Bayaran: RM186.70 + RM1 = RM187.70

Secara keseluruhan, peserta akan membayar RM560 (satu ratus lapan puluh enam ringgit dan tujuh puluh sen) dan RM3 (tiga ringgit) untuk caj gerbang pembayaran.

Jika peserta memilih pembayaran melalui Stripe, perkiraan adalah seperti berikut: 

Harga Haiwan: RM560
Tempoh Ansuran: 3 (tiga) bulan
Jumlah Ansuran Bulanan: RM560/3 bulan = RM186.70 (satu ratus lapan puluh enam ringgit dan tujuh puluh sen).

Pembayaran Kali Pertama
Ansuran Bulan 1: RM186.70
Caj Payment Gateway: RM 11.53 (Stripe)
Jumlah Bayaran: RM186.70 + RM11.53 = RM198.23

Pembayaran Kali Ke-2
Ansuran Bulan 1: RM186.70
Caj Payment Gateway: RM 11.53 (Stripe)
Jumlah Bayaran: RM186.70 + RM11.53 = RM198.23

Pembayaran Kali Ke-3
Ansuran Bulan 1: RM186.70
Caj Payment Gateway: RM 11.53 (Stripe)
Jumlah Bayaran: RM186.70 + RM11.53 = RM198.23

Secara keseluruhan, peserta akan membayar RM560 (satu ratus lapan puluh enam ringgit dan tujuh puluh sen) dan RM34.59 (tiga puluh empat ringgit dua puluh tiga sen) untuk caj gerbang pembayaran.

 

Bagaimanakah Sekiranya Saya Ingin Menghubungi Kitafund? #

Hubungi pasukan khidmat pelanggan kami melalui:
📧 Email: [email protected]
📞 Hotline: +6012-3456789

 

What are your feelings
Updated on February 13, 2025