Tanggungjawab Pelanggan (Wakil) #
Pelanggan adalah individu yang menyertai program ini untuk melaksanakan ibadah Qurban.
- 1. Mewakilkan pihak Kitafund dan Rakan Qurban Kitafund untuk menentukan secara khusus lokasi pengagihan Qurban haiwan korban dan menentukan tarikh sebenar penerimaan pada lokasi dan tempoh waktu perlaksanaan korban pada tahun semasa.
- 2. Menyerahkan urusan penetapan tarikh pelaksanaan korban kepada pihak Rakan Qurban Kitafund.
- 3. Menyerahkan urusan pemilihan tempat pelaksanaan korban kepada pihak Rakan Qurban Kitafund dan pihak Rakan Qurban Kitafund juga berhak menukar lokasi lain jika berlaku masalah yang tidak boleh dielakkan.
- 4. Mewakilkan kepada urusetia Rakan Qurban Kitafund untuk menyembelih, melapah dan mengagihkan kepada golongan sasaran yang layak dan telah dipilih oleh pihak Rakan Qurban Kitafund.
- 5. Sekiranya saya ingin membatalkan urusan jual beli setelah penyerahan pelaksanaan dibuat kepada urusetia program Tabung Qurban, maka segala kos berkaitan akan ditanggung oleh pihak saya sendiri.
- 6. Membayar secara penuh atau melalui kaedah ansuran sebelum tarikh akhir pembayaran yang ditetapkan.
- 7. Menyediakan maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon, dan alamat untuk penyediaan sijil Qurban.
- 8. Memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan.
Tanggungjawab Syarikat (Penyedia Platform Tabung Qurban) #
Syarikat bertindak sebagai penghubung antara peserta Qurban dan Rakan Qurban.
- Menyediakan platform (aplikasi/laman web) untuk peserta mendaftar dan membuat pembayaran.
- Mengurus pemasaran dan kempen kesedaran untuk menarik peserta menyertai program.
- Membuka pendaftaran dan menyediakan pelbagai pilihan pakej Qurban.
- Memindahkan dana kepada Rakan Qurban sebelum tarikh akhir pembayaran.
- Memberikan sokongan kepada peserta melalui khidmat pelanggan untuk menjawab soalan dan menyelesaikan isu teknikal.
- Mengedarkan sijil Qurban dan kemaskini pelaksanaan Qurban (gambar, video, laporan) kepada peserta dalam tempoh yang ditetapkan.
Tanggungjawab Rakan Qurban (Pihak Pelaksana Qurban) #
Rakan Qurban adalah pihak yang bertanggungjawab mengurus semua aspek pelaksanaan Qurban.
- Menguruskan pemilihan haiwan Qurban yang memenuhi syarat sah Qurban (sihat, cukup umur, dan bebas cacat).
- Menentukan lokasi penerimaan secara khusus dan menerima haiwan yang dibeli
- oleh peserta mengikut pakej yang telah dipilih.
- Memastikan proses Qurban dijalankan apabila tiba masanya.
- Memastikan pelaksanaan sembelihan haiwan korban bagi pihak peserta dengan mematuhi syarat-syarat dan adab-adab yang telah ditetapkan oleh syarak, seperti memastikan haiwan yang disembelih adalah sihat, tidak cacat serta umur yang mencukupi dan seterusnya membuat agihan daging kepada golongan yang layak.
- Merakam gambar dan video sepanjang proses Qurban (sebelum, semasa, dan selepas penyembelihan).
- Mengagihkan daging Qurban kepada golongan yang memerlukan seperti asnaf dan komuniti terpilih.
- Menghantar laporan lengkap pelaksanaan Qurban, termasuk video, gambar, dan maklumat agihan, kepada syarikat dalam tempoh 30 hari selepas Qurban.